TENTANG PENULIS

Siti Rohana bt Ismail atau Coach Anna adalah seorang graduan daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer Pengkhususan Kejuruteraan Perisian.

Memulakan kerjaya sebagai Ekskutif IT di sebuah syarikat di Danau Kota, Setapak iaitu Syarikat Zafali Trading. Beliau ditugaskan dalam membina laman web Sureco Trading yang mempunyai produk yang terlaris di pasaran pada ketika itu iaitu kopi cengkudu. Selain dari membina laman web beliau juga mempunyai pengalaman dalam membuat tender-tender yang berkaitan dengan perisian dan perkasakan komputer. Diantara yang pernah mendapatkan khidmat beliau adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Hospital Kuala Lumpur.

Setelah menamatkan pekerjaan dalam bidang IT Eksekutif, Coach Anna telah bertugas sebagai pensyarah di Kolej Maxwell yang terletak di Ipoh, Perak. Beliau bertugas dalam unit Kejuruteraan Komputer di mana beliau ditugaskan untuk mengajar subjek-subjek seperti Database Management System, Q Basic, C Programming, C++ Programming, Visual Basic untuk para pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Komputer. Hampir dua tahun pengalaman Coach Anna dalam bidang mengajar.

Kemudian, Coach Anna telah beralih ke perkhidmatan awam pada tahun 2006. Beliau bertugas sebagai Pengurus Medan Info Desa di mana khidmat beliau dalam menyampaikan ilmu ICT kepada masyarakat luar bandar amnya.

Kisah bermula penglibatannya sebagai seorang peserta eUsahawan pada tahun 2016 dan kemudian beliau telah mengambil peluang untuk menambah ilmu dalam bidang melatih pada usahawan kearah pemasaran digital dan akhinya beliau telah mendapat pengiktirafan eUsahawan Master Trainer dari MDEC sejak tahun 2017.

Coach Anna juga adalah seorang peniaga online dan telah bermula meniaga online sejak tahun 2008 di mana menggunakan blogspot sebagai medium untuk mengiklankan produk jualan. Setelahwujudnya facebook, beliau memilih untuk menggunakan Facebook dan pages serta Instagram kerana lebih sesuai dengan konsep sosial media pada masa kini.