KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

Bagaimana kita melihat dunia, bergantung apa yang ada dalam fikiran kita. Kalau fikiran kita penuh dengan keindahan, kita akan nampak dunia ini serba indah. Dan begitulah sebaliknya…

Siapa yang selalu baca cerita gosip, berita negatif, berkawan dengan orang negatif, maka dia akan melihat dunia ini penuh dengan perkara negatif yang membuatkan hidupnya tak ceria. Kehidupannya dikelilingi segala perkara yang negatif disebabkan apa yang dia baca, apa yang dia lihat dan tonton, dan pergaulan sekelilingnya.

Seperti penggemar cerita seram dan cerita hantu. Dia takut keluar malam dan takut untuk ke tempat gelap sendirian sebab dia sentiasa terbayangkan hantu ada di mana-mana. Walaupun seumur hidup dia tak pernah jumpa hantu, tetapi dia sangat takut akan hantu tersebut! Walaupun pada hakikatnya hantu itu tidak muncul di depan mata dia, tetapi hantu itu sebenarnya telah masuk dalam fikiran dia hasil movie hantu yang dia sendiri PILIH untuk menontonnya!…

Jadi bagaimana nak melihat dunia dengan penuh perkara positif dan kebaikan yang membuatkan hidup kita sentiasa opitimis dan ceria?

UBAH apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita tonton, apa yang kita dengar, dan dengan siapa kita bergaul!

Hentikan Yang Negatif

Pertama, PILIH untuk hentikan segala input negatif.

Saya mulakan azam hentikan semua input negatif sejak tahun 2009 lagi. Sejak dari itu, saya tak lagi ikuti rancangan TV atau menonton berita-berita di TV, ataupun berita dari news paper. Saya tak akan baca posting negatif yang lalu di news feed Facebook saya. Saya unfriend sesiapa sahaja yang suka letakkan posting negatif yang boleh mengganggu news feed saya dengan unsur negatif, kebencian, perbalahan dan sebagainya. Saya tak akan lihat foto-foto negatif, dan saya tak akan klik video negatif yang lalu di wall saya. Semua posting dan link itu akan membuatkan sesiapa sahaja rasa lemah semangat, takut, sedih dan sebagainya.

Bagi saya, ia hanyalah pembaziran emosi yang kita tak mampu mengubahnya…

Kalau komputer kita install dengan berbagai-bagai jenis software anti-virus, spam filter dan sebagainya, bagi saya fikiran kita lebih berharga dari itu. Kita patut lindungi fikiran kita dari dimasukkan ‘sampah’ dan virus.

Masukkan Yang Positif

Kedua, PILIH untuk masukkan segala input positif. Hanya yang positif. Baca buku-buku dan posting motivasi, kewangan, dan kejayaan. Tonton video-video yang memberikan inspirasi dalam hidup. Dan yang penting juga, berkawan dengan orang berjaya dan kawan-kawan yang sentiasa positif.

Itulah yang akan mengubah perspektif kita tentang kehidupan dan membuatkan kita sentiasa ceria dan bersemangat untuk terus maju, insyaAllah.

Kita adalah apa yang kita fikir…

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi)

Cara Membentuk Mind Positif

Saya tertarik dengan video bertajuk “4 Cara Mengubah Mindset” oleh seorang motivator dari Indonesia ini. Pesanan beliau;

1. Baca yang positif saja
2. Harus ada figur yang sukses
3. Afirmasi diri
4. Dengar lagu positif saja

SUMBER : http://www.mohdzulkifli.com/2018/07/kita-adalah-apa-yang-kita-fikir.html

eUsahawan Young Heroes

Alhamdulillah

Terima kasih kepada pihak MDEC dan IKBN/IKTBN kerana memberi peluang kepada Coach untuk menjadi salah seorang daripada lebih kurang 20 orang tenaga pengajar di seluruh Malaysia untuk memberikan ilmu Pemasaran Digital kepada lebih kurang 10000 Usahawan Muda di seluruh negara amnya.

Tahniah kepada yang telah mengambil peluang dan yang tekah terpilih ke anugerah eUsahawan Young Heroes yang bakal di adakan kelak

eUsahawan Young Heroes di IKTBN Bukit Mertajam
eUsahawan Young Heroes di IKBN Seri Iskandar

eUsahawan Young Heroes di IKBN Seri Iskandar

[THROW BACK] eUsahawan di PPD Jasin

INGIN MENJADI SEORANG USAHAWAN DIGITAL?

❗Jom Terokai Ilmu Perniagaan Digital Bersama eUsahawan❗

Anda dijemput untuk menyertai Program eUsahawan anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan PUBI Perak yang bertujuan untuk memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro di Negeri Perak!

Apa yang akan anda pelajari?
✅ Facebook for Business
✅ Instagram for Business
✅ WhatsApp Marketing
✅ Copywriting Techniques
✅ Search Engine Optimization (SEO)
✅ Google Trend & Google Keyword

Apakah prasyarat yang dikenakan?
⚠ Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
⚠ Mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan
⚠ Keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital
⚠ Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet atau computer riba.

Bersama hampir 60 usahawan AIM dari daerah Jasin, Melaka

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk menyampaikan taklimat tentang Asas Perniagaan Online di Pejabat Pendidikan Daerah Jasin Melaka. Terima kasih kepada AIM kerana menjemput dan terima kasih kepada pihak MDEC kerana memberi peluang untuk saya membantu para usahawan di luar sana

8 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

1. Pendapatan tambahan.

Bagi ramai, sebab utama memulakan perniagaan online adalah untuk menjana pendapatan tambahan. Perniagaan online adalah satu pilihan yang baik oleh kerana ianya boleh dilakukan secara sambilan.

Salah satu maanfaat perniagaan online adalah, ianya mudah dan pantas untuk mulakan. Dan untuk mendapat pulangan juga pantas, tidak seperti memulakan perniagaan yang mempunyai premis atau kedai.

2. Ianya fleksible.

Dengan hanya smartphone, perniagaan online boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Kini, terdapat pelbagai perisian dan app yang membolehkan anda menjalankan perniagaan seperti promosi, menjawab soalan pelanggan, memeriksa pesanan, dan banyak lagi dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3. Kos rendah

Memulakan perniagaan yang mempunyai premis dan kedai fizikal pastinya memakan kos yang tinggi. Sewa, renovation, membayar bil dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit.

Memulakan perniagaan online? Dengan hanya beberapa ratus ringgit sahaja anda dapat membeli dot com anda sendiri (.com). Facebook percuma. Instagram percuma. You Tube juga percuma. Apa yang anda perlukan tidak semestinya modal yang besar, tetapi anda perlukan ilmu berniaga di internet!

4. Mudah untuk dimulakan

Ramai antara kira mengamalkan internet sebagai sebahagian besar gaya hidup kita. Kita sering mendapat berita di Facebook, ramai yang menggunakan instagram, kita sering menonton YouTube, mencari maklumat pula menggunakan Google.

Mengapa tidak gunakan platfom yang kita sedia tahu dan fahami untuk menjana pendapatan pula? Oleh kerana kita sudah sedia menggunakan internet setiap hari, mempelajari cara menjana pendapatan di internet melalui perniagaan adalah lebih mudah berbanding dengan membuka kedai, yang mungkin kita langsung tiada pengalaman.

5. Kebebasan membuat pilihan

Adakah ianya terlewat sekiranya kita ingin mulakan perniagaan? Jawapannya tentulah tidak. Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an.

Ramai antara kita mempunyai matlamat dan niat untuk mulakan perniagaan tetapi, merasakan ianya terlewat oleh kerana umur. Perniagaan internet membolehkan anda bebas membuat pilihan. Anda boleh memulakan perniagaan yang anda idamkan pada bila-bila masa sahaja. Pilihannya di tangan anda. Sama ada anda mahu ataupun tidak.

6. Pantas mendapat keuntungan

Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih pantas menjana keuntungan melalui perniagaan internet. Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah, tambahan kos overhead perniagaan Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan, ianya lebih mudah dan pantas.

Bandingkan sekiranya kos memulakan perniagaan adalah RM30,000 berbanding dengan kos memulakan perniagaan online yang boleh bermula pada RM300. Yang mana satu anda dapat cover cost anda dengan lebih pantas?

7. Tidak perlu berjumpa pelanggan

Bagi saya, satu ketika dulu, ini adalah satu kebaikan. Sebabnya adalah, saya seorang yang sangat pemalu. Malu untuk menjual, malu untuk berjumpa pelanggan, sehingga malu nak sebut harga barang yang dijual pun ada!

Sekiranya anda seperti saya satu ketika dulu, maka perniagaan internet adalah terbaik untuk anda!

8. Kebebasan masa

Tidak seperti 20 tahun lalu, matlamat saya ketika muda adalah ingin menjadi seorang jutawan. Alhamdulillah, ianya tercapai ketika berumur 25 tahun.

Namun, kini berkeluarga dan 4 orang anak yang kian membesar, matlamat bukan lagi dari segi material. Tetapi ingin lebih masa bersama keluarga. Tidak terikat dengan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Boleh bersama mereka pada bila-bila masa sahaja, dan kebebasan kewangan membolehkan melakukan apa yang ingin dilakukan bersama keluarga.

Perniagaan internet memberi pulangan yang tidak dapat dijual beli, iaitu kebebasan masa bersama mereka yang tercinta!

Sumber https://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/8-sebab-mengapa-anda-perlu-mulakan-perniagaan-online/

Aspek Pemasaran Perniagaan Online

[Throw Back]

Alhamdulillah imbas kembali program pertama Coach bersama MARA Negeri Perak iaitu pada 2 oktober 2018 di mana pertama kalinya Coach dijemput untuk menyampaikan satu slot tentang Aspek Pemasaran Perniagaan Online.

Program ini adalah Program Lantikan Pembentukan Usahawan di mana aspek Pemasaran Online adalah satu aspek yang penting dalam perniagaan sekarang. Peserta di beri pendedahan tentang perlunya Facebook Pages untuk perniagaan, asa penulisan atau Copywriting, dan sedikit maklumat tentang website. Disamping itu beberapa tips dalam pemasaran online telah dikongsikan bersama para peserta program LPU ini

Coach memberi sedikit info tentang perniagaan Online
20 peserta yang terlibat dalam Program LPU Mara
Terima kasih barisan Pegawai MARA yang berdedikasi

DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Selasa 9 April 2019 berakhirlah sudah pengajian program Diploma Professional Pembangunan Luar Bandar selama lima hari mulai 5 – 9 April 2019 Di Laketown Resort Bukit Merah Taiping. Program tersebut khusus untuk MPKK saja yang melibatkan seramai lebih kurang 236 para pelajar dari Negeri Perak dan Pulau Pinang (zon utara).

Tiada kuliah khusus diadakan pada hari terakhir semua pembelajaran telah pun usai hanya taklimat tugasan disampaikan oleh Pensyarah UniKL Encik Wan Nasrullah Hadi. Semua pelajar telah diberikan tugasan, kerana para pelajar akan dipanggil semula dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi untuk pembentangan tugasan dan peperiksaan, sekiranya kedua-dua tersebut lulus barulah layak untuk hadir majlis konvokesyen dan seterusnya akan diberikan Diploma.

Kesimpulan yang boleh dirumuskan selama lima hari program tersebut diadakan dan komen-komen dari para pelajar mereka berpuas hati, dlm tempoh beberapa hari saja pelbagai ilmu diperolehi telah sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada minda dan diikuti pula dengan penampilan para pensyarah yang hebat-hebat belaka dan sungguh menyenangkan sekali.Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang dapat berkongsi ilmu dengan kami dan juga kepada pihak UniKL selaku pengendalian sepenuhnya program itu. Insaya-Allah segala ilmu tersebut akan cuba diterjemah dan direalisasikan dalam melaksanakan tugasan harian.

Sumber : Fb https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3

DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Para pelajar MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Ng Pk dan Pulau Pinang (zon utara) hari ini 8/4/2019 masuk hari ke empat menjadi siswa siswi pengajian 
Diploma Professional Pembangunan Luar Bandar diLaketown Resort Bukit Merah
Taiping.

Kuliah hari ini telah berjalan sepert biasa bermula sesi pertama dengan penampilan pensyarah Encik Hussein Moh dari Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan
Perdana Menteri (NADMA). Tajuk kuliah yang disampaikan oleh beliau ialah 
” Pengurusan Bencana Negara”. Untuk subjek tersebut para pelajar telah diberikan
tugasan latihan dalam kumpulan (LDK) dan hasilan tugasan semua kumpulan telah membuat persembahan pembentangan.

Kuliah sesi kedua diteruskan pula oleh Prof Dr Mohd Hisham Hashim dengan
tajuk “Perniagaan & Projek Komuniti”. Bagi subjek ini para pelajar telah juga
diberikan tugasan membuat ” Simulasi Pengurusan Projek Komuniti “

Penampilan pensyarah Encik Wan Muhammad Nasarullah Hadi Abdul Aziz mengakhiri kuliah sesi ketiga disebelah petang – malam dengan tajuk “Enterprise Desa” dan juga diberikan tugasan dalam kumpulan dan hasilan tugasan juga setiap kumpulan telah membuat persembahan pembentangan.

Sumber FB : https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3

DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


Hari ini 7 April 2019 merupakan hari ketiga berada Laketown Resort Bukit Merah Taiping sebagai pelajar Program Diploma Profesional Pembangunan Luar Bandar. Kuliah sesi pertama hari ini bersama dengan pensyarah Prof Dr Sulaiman bin Sajilan Dekan Bisnes School UniKL yang telah menyampaikan kuliah dengan menampilkan tajuk ” Memperkasakan Komuniti Desa”. Kemudian diikuti kuliah sesi kedua oleh En Nor Azman bin Abdul Rahman pensyarah dari INFRA Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan pembelajaran mengenai “Pembangunan Lestari” dan bagi sesi ketiga pula kuliah bertajuk ” Pengurusan Sisa Pepejal ” disampaikan.oleh Tengku Dr Nor Arbaie bt Azhar Jurutera dari Swc Cop. Semua tajuk modul kuliah tersebut telah terkandung dalam buku DPPLB yang dibekalkan pihak Uni KL kepada para pelajar.

Sumber : Fb https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3