DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Selasa 9 April 2019 berakhirlah sudah pengajian program Diploma Professional Pembangunan Luar Bandar selama lima hari mulai 5 – 9 April 2019 Di Laketown Resort Bukit Merah Taiping. Program tersebut khusus untuk MPKK saja yang melibatkan seramai lebih kurang 236 para pelajar dari Negeri Perak dan Pulau Pinang (zon utara).

Tiada kuliah khusus diadakan pada hari terakhir semua pembelajaran telah pun usai hanya taklimat tugasan disampaikan oleh Pensyarah UniKL Encik Wan Nasrullah Hadi. Semua pelajar telah diberikan tugasan, kerana para pelajar akan dipanggil semula dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi untuk pembentangan tugasan dan peperiksaan, sekiranya kedua-dua tersebut lulus barulah layak untuk hadir majlis konvokesyen dan seterusnya akan diberikan Diploma.

Kesimpulan yang boleh dirumuskan selama lima hari program tersebut diadakan dan komen-komen dari para pelajar mereka berpuas hati, dlm tempoh beberapa hari saja pelbagai ilmu diperolehi telah sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada minda dan diikuti pula dengan penampilan para pensyarah yang hebat-hebat belaka dan sungguh menyenangkan sekali.Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang dapat berkongsi ilmu dengan kami dan juga kepada pihak UniKL selaku pengendalian sepenuhnya program itu. Insaya-Allah segala ilmu tersebut akan cuba diterjemah dan direalisasikan dalam melaksanakan tugasan harian.

Sumber : Fb https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3

DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Para pelajar MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Ng Pk dan Pulau Pinang (zon utara) hari ini 8/4/2019 masuk hari ke empat menjadi siswa siswi pengajian 
Diploma Professional Pembangunan Luar Bandar diLaketown Resort Bukit Merah
Taiping.

Kuliah hari ini telah berjalan sepert biasa bermula sesi pertama dengan penampilan pensyarah Encik Hussein Moh dari Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan
Perdana Menteri (NADMA). Tajuk kuliah yang disampaikan oleh beliau ialah 
” Pengurusan Bencana Negara”. Untuk subjek tersebut para pelajar telah diberikan
tugasan latihan dalam kumpulan (LDK) dan hasilan tugasan semua kumpulan telah membuat persembahan pembentangan.

Kuliah sesi kedua diteruskan pula oleh Prof Dr Mohd Hisham Hashim dengan
tajuk “Perniagaan & Projek Komuniti”. Bagi subjek ini para pelajar telah juga
diberikan tugasan membuat ” Simulasi Pengurusan Projek Komuniti “

Penampilan pensyarah Encik Wan Muhammad Nasarullah Hadi Abdul Aziz mengakhiri kuliah sesi ketiga disebelah petang – malam dengan tajuk “Enterprise Desa” dan juga diberikan tugasan dalam kumpulan dan hasilan tugasan juga setiap kumpulan telah membuat persembahan pembentangan.

Sumber FB : https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3

DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


Hari ini 7 April 2019 merupakan hari ketiga berada Laketown Resort Bukit Merah Taiping sebagai pelajar Program Diploma Profesional Pembangunan Luar Bandar. Kuliah sesi pertama hari ini bersama dengan pensyarah Prof Dr Sulaiman bin Sajilan Dekan Bisnes School UniKL yang telah menyampaikan kuliah dengan menampilkan tajuk ” Memperkasakan Komuniti Desa”. Kemudian diikuti kuliah sesi kedua oleh En Nor Azman bin Abdul Rahman pensyarah dari INFRA Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan pembelajaran mengenai “Pembangunan Lestari” dan bagi sesi ketiga pula kuliah bertajuk ” Pengurusan Sisa Pepejal ” disampaikan.oleh Tengku Dr Nor Arbaie bt Azhar Jurutera dari Swc Cop. Semua tajuk modul kuliah tersebut telah terkandung dalam buku DPPLB yang dibekalkan pihak Uni KL kepada para pelajar.

Sumber : Fb https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3

DIPLOMA PROFESSIONAL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Seramai lebih kurang 236 orang Pengerusi dan Setiausaha MPKK Ng Perak dan Pulau Pinang (Zon Utara) telah terpilih menghadiri Program Diploma Profesional Pembangunan Luar Bandar (DPPLB) mulai 5 hingga 9 April 2019 di Laketown Resort Bukit Merah Taiping dikendalikan sepenuhnya oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Peserta yang hadir sebagai siswa dan siswi dalam program tersebut adalah mereka yang telah menghadiri kursus Induksi MPKK anjuran INFRA Kementerian Pembangunan Luar Bandar tempoh hari.

Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran MPKK dalam membangunkan sosio-ekonomi dan dapat mentadbir kawasan kampung yang diamanahkan dengan sempurna.

Kuliah pertama telah dijalankan pada petang 5/4/2019 sebaik saja usai pendaftaran dan akan berlangsung waktu siang dan malam. Antara pensyarah yang telah memberikan kuliah sehingga hari ini (6/4/2019) ialah Prof Dr Dato’ Che Musa Che Umar, Encik Hanafiah Hurudi dan Dr Farahwahidah Mohd

Sumber : FB https://www.facebook.com/rustam.sharifuddin.3

Misi menambah ilmu pengetahuan dalam modul pembangunan luar bandar.