KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

Bagaimana kita melihat dunia, bergantung apa yang ada dalam fikiran kita. Kalau fikiran kita penuh dengan keindahan, kita akan nampak dunia ini serba indah. Dan begitulah sebaliknya…

Siapa yang selalu baca cerita gosip, berita negatif, berkawan dengan orang negatif, maka dia akan melihat dunia ini penuh dengan perkara negatif yang membuatkan hidupnya tak ceria. Kehidupannya dikelilingi segala perkara yang negatif disebabkan apa yang dia baca, apa yang dia lihat dan tonton, dan pergaulan sekelilingnya.

Seperti penggemar cerita seram dan cerita hantu. Dia takut keluar malam dan takut untuk ke tempat gelap sendirian sebab dia sentiasa terbayangkan hantu ada di mana-mana. Walaupun seumur hidup dia tak pernah jumpa hantu, tetapi dia sangat takut akan hantu tersebut! Walaupun pada hakikatnya hantu itu tidak muncul di depan mata dia, tetapi hantu itu sebenarnya telah masuk dalam fikiran dia hasil movie hantu yang dia sendiri PILIH untuk menontonnya!…

Jadi bagaimana nak melihat dunia dengan penuh perkara positif dan kebaikan yang membuatkan hidup kita sentiasa opitimis dan ceria?

UBAH apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita tonton, apa yang kita dengar, dan dengan siapa kita bergaul!

Hentikan Yang Negatif

Pertama, PILIH untuk hentikan segala input negatif.

Saya mulakan azam hentikan semua input negatif sejak tahun 2009 lagi. Sejak dari itu, saya tak lagi ikuti rancangan TV atau menonton berita-berita di TV, ataupun berita dari news paper. Saya tak akan baca posting negatif yang lalu di news feed Facebook saya. Saya unfriend sesiapa sahaja yang suka letakkan posting negatif yang boleh mengganggu news feed saya dengan unsur negatif, kebencian, perbalahan dan sebagainya. Saya tak akan lihat foto-foto negatif, dan saya tak akan klik video negatif yang lalu di wall saya. Semua posting dan link itu akan membuatkan sesiapa sahaja rasa lemah semangat, takut, sedih dan sebagainya.

Bagi saya, ia hanyalah pembaziran emosi yang kita tak mampu mengubahnya…

Kalau komputer kita install dengan berbagai-bagai jenis software anti-virus, spam filter dan sebagainya, bagi saya fikiran kita lebih berharga dari itu. Kita patut lindungi fikiran kita dari dimasukkan ‘sampah’ dan virus.

Masukkan Yang Positif

Kedua, PILIH untuk masukkan segala input positif. Hanya yang positif. Baca buku-buku dan posting motivasi, kewangan, dan kejayaan. Tonton video-video yang memberikan inspirasi dalam hidup. Dan yang penting juga, berkawan dengan orang berjaya dan kawan-kawan yang sentiasa positif.

Itulah yang akan mengubah perspektif kita tentang kehidupan dan membuatkan kita sentiasa ceria dan bersemangat untuk terus maju, insyaAllah.

Kita adalah apa yang kita fikir…

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi)

Cara Membentuk Mind Positif

Saya tertarik dengan video bertajuk “4 Cara Mengubah Mindset” oleh seorang motivator dari Indonesia ini. Pesanan beliau;

1. Baca yang positif saja
2. Harus ada figur yang sukses
3. Afirmasi diri
4. Dengar lagu positif saja

SUMBER : http://www.mohdzulkifli.com/2018/07/kita-adalah-apa-yang-kita-fikir.html

BERSIHKAN HATI

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku “The Last Lecture” pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, “Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik” untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikan bersama..😊😊😊

Cuba jangan terlalu menganggap apa yg kita buat tu betul dan orang lain asik salah sahaja. Chill kerana meraka tidak meminta ihsan kita untuk melakukan semua itu.
Buang yang keruh ambil yang jernih
Buka lembaran baru 2019 dengan lebih baik lagi..Amin💖

#coachanna