Kenapa Perlu Website? 7 Sebab Utama Anda Perlukannya

Jom belajar dengan saya, bagaimana membuat website dengan langkah mudah

Masa mula-mula nak buat bisnes online dulu saya pernah tertanya-tanya, kenapa perlu website? Sebab saya tengok ramai member yang dah start buat website sendiri. Tak kisahlah website untuk bisnes mereka ataupun personal blog.

Pada masa tu, persepsi saya rasa macam website ni sangat susah nak buat. Kena tau coding programming macam-macam. Maklumlah bila kita takde ilmu, semua pun rasa susah.

Zaman sekarang ni adalah satu zaman yang serba canggih. Boleh kata setiap hari tahap kecanggihan tu bertambah. Sama ada kita sedar atau tak je. Begitu juga dengan kemajuan rangkaian internet. Kalau dulu speed macam siput. Sekarang ni laju tak hengat.

Dengan kemajuan teknologi dan internet, sekarang ni semuanya menjadi bertambah mudah. Termasuklah cara nak buat website. Ini membuatkan memiliki website jadi lagi senang serta menyebabkan ramai yang mula buat laman web sendiri.

Namun ianya masih belum memberi jawapan kepada pertanyaan saya awal tadi iaitu kenapa perlu website? Jadi saya akan ceritakan sebab-sebab utama kenapa anda perlu memiliki sebuah website.

Kenapa Perlu Website?

Apa yang boleh saya katakan, ada 7 sebab utama kenapa perlu website. Tidak kisahlah sama ada atas tujuan bisnes mahupun untuk personal blog. Sebabnya tetap tak lari jauh. Jom kita tengok apa sebenarnya kelebihan memiliki website.

Reason #1: Waktu Operasi

Laman web tidak kiralah sama ada personal blog ataupun kedai online, ianya akan beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Senang cerita non-stop operation. Kecuali website tersebut ada masalah teknikal, barulah ianya stop operasi.

Berbeza dengan kedai atau pejabat, ianya hanya akan beroperasi ‘office hour’ sahaja. Paling lewat pun akan bukak sampi pukul 10. Lepas tu tutup. Sebab takde perkerja yang nak tunggu malam-malam. Laigpun takde orang yang nak datang beli barang lagi dah.

Tapi apa kaitan website dengan waktu operasi?

Kita bayangkan satu situasi nak beli barang dan kedai semua dah tutup. Contohnya nak beli rokok. Macam mana nak dapatkan barang tu? Takkan nak ketuk pintu kedai sampai bukak semata-mata nak dapatkan satu barang je. Alamatnya esok pagi la jawabnya pergi beli.

Alternatif terbaik untuk dapatkan juga barang tu adalah dekat 7-eleven. Sebab kedai ni memang terkenal sebab ianya beroperasi 24 jam. Banyak juga barang yang boleh kita beli dekat situ. Kalau dalam situasi tadi nak cari rokok, memang ada jual. Tapi kalau habis stok tak boleh buat apa la kan.

Jadi begitulah juga kalau website korang yang beroperasi 24 jam. Kalau anda buat kedai online, pada bila-bila masa orang boleh lihat barang dan buat pembelian. Bagi blogger pula, orang yang mencari maklumat akan mengunjungi blog anda tidak kira masa.

Ini akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pengguna / pelanggan dan anda sebagai blogger / owner bisnes. Tiada limit masa untuk berurusan.

Reason #2: Lokasi

Lokasi merupakan suatu aspek penting. Sebagai contoh anda nak cari rumah. Sudah pasti nak rumah yang berada dilokasi yang betul. Yakni kawasan berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas seperti kedai, pejabat kerajaan, bank dan lain-lain lagi.

Kalau anda nak buka kedai juga perlu untuk pilih lokasi yang sesuai. Antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan adalah persekitaran yang mesra pengguna bagi memudahkan mereka datang ke kedai anda. Namun begitu, masih terhad pada pelanggan yang berdekatan lokasi tersebut sahaja.

Reason #3: Branding

Ini juga salah satu sebab kenapa perlu website. Dengan adanya laman web sendiri, ianya lebih memudahkan untuk brandingkan diri atau bisnes anda. Sebab jika orang nak tahu maklumat, mereka hanya perlu layari laman web anda.

Membina brand juga melibatkan kredibiliti seseorang ataupun sesebuah syarikat. Maklumat yang terkandung serta dipaparkan dalam website anda haruslah bertepatan dengan apa yang akan ‘deliver’ pada pelanggan / pengunjung.

Jadi kena pastikan yang website korang tu di update dan memberikan info yang betul. Kalau tidak lain pulak jadinya. Maklumlah sekarang ni zaman ‘viral’. Semuanya akan tersebar luas dengan sekelip mata sahaja. Jadi always be prepared. Cekidaut pepatah zaman viral dekat bawah ni:

Reason #4: Kos

Kalau sebut pasal bisnes, mesti orang akan cakap pasal kos. Tak kira lah kos operasi, kos maintenance, kos bahan mentah dan macam-macam lagi kos yang lain. Kenapa kos ni penting untuk kita ambil tahu? Sebab kalau nak untung banyak, kena minimize kos.

Saya nak tanya korang yang pernah buat bisnes. Terutamanya yang bukak kedai. Agak-agak berapa kos permulaan yang perlu dibelanjakan sebelum mula berniaga? Saya yakin kos nya memang tinggi. Nak beli stok barang, nak sewa kedai, nak renovate kedai ikut kesesuaian lagi.

Paling sikit pun akan cecah puluhan ribu ringgit juga tu. Itu belum kira lagi nak upah pekerja. Bisnes belum pun jalan dah keluar duit. Berapa bulan pulak nak dapat balik modal yang dikeluarkan tu. Semua tu nak kena consider kalau nak buka kedai untuk perniagaan.

Berbeza dengan website. Anda boleh memiliki kedai online dengan menggunakan website hanya dengan harga tak sampai RM 500. Jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kadar sewa kedai. Dengan kos yang rendah, anda boleh lebihkan modal untuk buat marketing.

Ini dapat memudahkan anda bagi memulakan sebuah bisnes. Tapi bukan maksud saya yang korang tak perlu buka kedai. Bila dah bertambah maju dan keuntungan meningkat, jadi boleh la nak buka kedai sendiri. Mungkin dapat meningkatkan lagi kemajuan bisnes anda.

Reason #5: Medium Pemasaran

Seperti yang sedia maklum, pemasaran sangat penting. Ia menjadi tulang belakang bagi kemajuan sesebuah syarikat atau bisnes. Tanpa teknik pemasaran yang berkesan dan up-to-date, ini akan menyebabkan kerugian dan risiko untuk ‘gulung tikar’ adalah tinggi.

Jika anda ada bisnes, anda boleh menjadikan laman web sebagai medium untuk melakukan pemasaran. Terdapat banyak cara untuk membuat pemasaran melalui website. Kebanyakkan nya adalah buat iklan secara online menggunakan platform tertentu.

Pada laman web boleh diletakkan cara untuk menghubungi anda. Bagi para pelanggan yang mungkin ada sebarang pertanyaan boleh terus bertanya. Pelbagai saluran untuk memudahkan perhubungan ini. Antaranya adalah email, telefon, whatsapp dan direct live chat terus dari laman web anda.

Kebiasaannya para pelanggan gemar untuk bertanya sebelum membeli. Ada juga yang bertanya untuk mendapatkan keyakinan untuk membeli. Selain itu adalah untuk memastikan yang anda bukanlah ‘scam’ atau penipu. Jadi perlu layan setiap pertanyaan dengan baik.

Macam orang putih ada cakap :

“Customer is always right and you are always left”.

Kena lah jaga customer yang ada. Yang potential customer pun kena layan elok-elok. Mana lah tahu nanti akan jadi customer. So gunakan website untuk membuat pemasaran dan untuk berkomunikasi dengan potential customer anda.

Reason #6: Design

Antara faktor yang mampu meningkatkan sales adalah design yang menarik. Memang lumrah manusia akan sukakan sesuatu yang cantik. Jika kedai anda disusun dengan kemas dan teratur, ini akan menambahkan potensi pelanggan untuk membeli.

Bagi mengekalkan design yang up-to-date dan menarik bukan lah suatu yang mudah. Terutamanya untuk sebuah kedai. Ia memerlukan ramai pekerja untuk mengubah susun atur. Ia juga akan melibatkan kontraktor jika perlu untuk mengubahsuai bahagian kedai.

Yang paling penting sekali, decoration dan design perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi. Bak kata orang kalau nak cantik kena bayar lebih la kan. Tetapi tidak bagi sesebuah website. Anda boleh mengubah susunan, design dan layout dengan mudah.

Anda juga boleh mengikut trend terkini design laman web untuk memberi lebih impak kepada jualan anda. Kos untuk mengubahsuai juga tak tinggi. Mungkin hampir tiada kos jika anda merupakan seorang web developer.

Reason #7: Environmental Friendly

Mungkin ada yang pelik baca ni. Apa kaitan perniagaan dan alam sekitar? Nampak macam takde kaitan langsung. Tapi yang pasti, kita sebagai penduduk bumi patut concern terhadap alam sekitar. Menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab semua.

Sedarkah anda apabila membuat pemasaran, kita banyak menggunakan kertas. Seperti yang sedia maklum, kertas ini diperbuat daripada kulit pokok. Penebangan pokok secara berleluasa akan menyebabkan kemusnahan kepada ekosistem.

Selain dari itu, kertas hasil daripada marketing yang dibuat juga akan menjadi sampah. Ini juga akan menyebabkan pertambahan timbunan sampah di kawasan setempat. Persoalannya perlukah kita menggunakan kertas sedangkan ada cara lain yang lebih environmental friendly.

Ini adalah antara sebab kenapa perlu website. Website beroperasi tanpa memerlukan penggunaan kertas. Semua urusan berkaitan kedai online tidak menggunakan kertas. Ini termasuk pemberian quotation dan invois kepada pelanggan. Semuanya ‘paperless’.

Jadi Perlu Atau Tidak Website ni?

Kebetulan baru-baru ni saya lepak dengan kawan-kawan. Tengah lepak minum ada yang tanya:

“Kenapa perlu website? Pakai Facebook, Instagram & Twitter je tak boleh ke?”

Memang tak dinafikan, peningkatan naik laman sosial sedikit sebanyak memberi impak kepada keperluan website. Ramai yang lebih gemar menggunakan laman sosial sebab lebih mudah. Antara social media yang sering digunakan adalah Facebook, Twitter dan Instagram.

Jadi adakah penggunaan laman web masih lagi relevan kini? Jawapan nya ‘YA” masih relevan. Kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh MCMC berkenaan pengguna internet di Malaysia.

Jika ambil kira daripada result survey ini, ia menunjukkan penggunaan website masih lagi relevan. Ini kerana ramai yang menggunakan ‘search engine’ seperti google, bing & yahoo untuk mencari maklumat. Taip je apa nak tahu, terus keluar website yang berkenaan.

So, korang perlu ada website untuk ‘letak’ pada search engine. Kalau takde macam mana orang nak jumpa dekat google? Betul tak? Selain itu korang perlu juga ada social media. Guna kan social media sebagai sumber trafik tambahan untuk laman web anda.

Kesimpulannya, dah terjawab rasanya kenapa perlu website. Sangat penting bagi yang buat bisnes online. Dengan 7 sebab yang saya senaraikan diatas, ditambah dengan statistik pengguna internet dari MCMC, ianya bukan lagi pilihan. Memang kena ada.

Jika anda seorang yang buat bisnes online dan perlukan website untuk bisnes anda tapi tak tahu macam mana nak buat, boleh dapatkan servis buat website dari saya. Kita ‘kowtim’ baek punya.

sumber : https://www.buckree.com/kenapa-perlu-website/

Apa Itu Domain dan Hosting

Apa itu domain dan hosting ? Bagi yang baru berjinak-jinak untuk membuat laman web ataupun mereka yang ingin menggunakan laman web sebagai platform mereka, pasti ada diantara mereka yang keliru, apakah perbezaan bagi domain dan hosting ?

Apa itu domain ?

Domain adalah address ataupun alamat laman web anda. Sebagai contoh, saya menggunakan address http://sitirohana.com dan itu adalah domain saya. Anda perlu fikir nama domain yang menarik, ringkas, mudah ditaip dan mudah diingati kerana sekiranya domain anda terlalu panjang dan sukar diingat, ia akan mempengaruhi return visitor yang bermaksud, adakah mereka akan kembali untuk melayari laman web anda. Fungsi domain ini adalah sebagai nama/alamat untuk laman web anda.

Apa itu hosting ?

Hosting adalah storage ataupun penyimpanan fail-fail dan data laman web anda untuk dipaparkan sekiranya visitor klik ke address domain anda. Segala kandungan laman web anda seperti teks, gambar, video, data dan sebagainya akan disimpan didalam hosting. Selain itu, sekiranya anda inginkan subdomain seperti login.domain.com atau sebagainya juga boleh dibuat dengan adanya hosting (sekiranya hosting tersebut menyediakan perkhidmatan tersebut).

Selalunya harga domain bergantung kepada jenis address yang dimahukan, biasanya dalam harga RM45-65 untuk harga domain ataupun renewal tahunan domain. Untuk hosting pula, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan oleh hosting tersebut. Anda perlu mengenalpasti apakah kelebihan perkhidmatan yang diberikan untuk mendapatkan servis terbaik dari pihak hosting.

Sudah dapat bezakan domain dan hosting ? 

sumber : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting/